Thursday 5 June 2014

Program Tafaqquh Fiddin 2014 - siri ke-2




assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sekali lagi program tafaqquh fiddin 2014 -   siri ke-2 akan dianjurkan.
Program ini adalah anjuran Alumni Pelajar Islam, SBP (APIS) dan Majlis Ta'lim An-Nur . Program ini akan menggunakan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam al-Ghazali. Ayuh bersama-sama imarahkan majlis ilmu yang merupakan salah satu taman-taman syurga. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati(hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya; apakah dia taman-taman syurga tersebut? Rasulullah berkata; Majlis-majlis ilmu."

 (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Daftar sekarang di sini

Tuesday 7 January 2014

Perubahan Tentatif

Atas sebab tertentu, terdapat perubahan pada tentatif Program TAFID'14. Program akan berakhir lebih awal iaitu selepas solat waktu Zohor. Walaupun program berakhir awal, kitab 'Ayyuhal Walad' akan disyarahkan sehingga ke akhirnya. InsyaALLAH, program ini turut diakhiri dengan sesi pengijazahan oleh al-fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll.

 Sila rujuk pada ruangan tentatif untuk mengetahui lebih lanjut tentatif baru program.

Wallahu'alam

Penginapan di Tempat Program

Assalamu'alaikum wbt.

Bagi sesiapa yang merancang untuk memulakan perjalanan sehari sebelum program iaitu hari Jumaat (17/1/2014), penginapan yang terdekat dengan tempat program adalah di Hotel Tabung Haji. Pihak APIS dengan kerjasama Masjid Tabung Haji boleh mendapatkan harga yang berpatutan bagi sesiapa yang berminat untuk bermalam di situ.

Kadar bayarannya adalah RM 20 untuk satu malam secara individu. Satu bilik akan ditempatkan seramai 5 orang. Kepada sesiapa yang berminat, boleh mebuat pembayaran terlebih dahulu sebelum 13 Januari 2014 bagi urusan 'room booking'. Penginapan juga boleh dibuat secara 'walk-in' tetapi berkemungkinan akan berlaku di mana bilik hotel sudah penuhi. Pihak APIS sangat menggalakkan agar peserta boleh menempah penginapan lebih awal bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi sesiapa yang sudah mendaftar dan memerlukan penginapan, boleh hantarkan email kepada tafid2014@gmail.com. Bagi yang masih belum mendaftar dan ingin mendapatkan penginapan, ada ruang telah disediakan di bahagian borang pendafatran bagi urusan penginapan ini.

Untuk urusan pembayaran boleh dibuat melalui:


BANK ISLAM (Alumni Pelajar Islam SBP)
No. Akaun: 12029010067198


Sebarang bukti pembayaran hendaklah diemailkan kepada urusetia di email tafid2014@gmail.com

Moga dipermudahkan urusan kita semua. Wallahu'alam.

Thursday 2 January 2014

Anda ingin memberikan sumbangan?

Kami sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan yang boleh diberikan bagi menjayakan program ini. Sebarang wang tunai boleh disalurkan terus ke:

1) Nama: Pertubuhan Alumni Pelajar Islam SBP
Bank: BANK ISLAM
No. Akaun: 12029010067198

(Mohon dimaklumkan melalui sms ataupun email)

2) Bagi yang ingin membuat sumbangan melalui cek, hendaklah dibuat atas nama PERTUBUHAN ALUMNI PELAJAR ISLAM SEKOLAH BERASRAMA PENUH MALAYSIA dan dialamatkan kepada :

                Bendahari,
                Program Tafaqquh Fiddin 2014,
                Pertubuhan Alumni Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh Malaysia (APIS),
                No. 8, Jalan 3/2M, Seksyen 3,
                43650 Bandar Baru Bangi,

                Selangor Darul Ehsan.

               (U/P: Azharul Amin bin Ahmad Nazarudin)

Hanya ALLAH sahaja selayaknya membalas segala sumbangan yang bakal diberikan nanti, aamiiin



Bersama hadir ke Program Tafaqquh Fiddin 2014