Tuesday 7 January 2014

Penginapan di Tempat Program

Assalamu'alaikum wbt.

Bagi sesiapa yang merancang untuk memulakan perjalanan sehari sebelum program iaitu hari Jumaat (17/1/2014), penginapan yang terdekat dengan tempat program adalah di Hotel Tabung Haji. Pihak APIS dengan kerjasama Masjid Tabung Haji boleh mendapatkan harga yang berpatutan bagi sesiapa yang berminat untuk bermalam di situ.

Kadar bayarannya adalah RM 20 untuk satu malam secara individu. Satu bilik akan ditempatkan seramai 5 orang. Kepada sesiapa yang berminat, boleh mebuat pembayaran terlebih dahulu sebelum 13 Januari 2014 bagi urusan 'room booking'. Penginapan juga boleh dibuat secara 'walk-in' tetapi berkemungkinan akan berlaku di mana bilik hotel sudah penuhi. Pihak APIS sangat menggalakkan agar peserta boleh menempah penginapan lebih awal bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi sesiapa yang sudah mendaftar dan memerlukan penginapan, boleh hantarkan email kepada tafid2014@gmail.com. Bagi yang masih belum mendaftar dan ingin mendapatkan penginapan, ada ruang telah disediakan di bahagian borang pendafatran bagi urusan penginapan ini.

Untuk urusan pembayaran boleh dibuat melalui:


BANK ISLAM (Alumni Pelajar Islam SBP)
No. Akaun: 12029010067198


Sebarang bukti pembayaran hendaklah diemailkan kepada urusetia di email tafid2014@gmail.com

Moga dipermudahkan urusan kita semua. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment